Tujuan blog ini dibina adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang functions() bahasa pengaturcaraan MySQL. MySQL ialah satu sistem pengurusan pangkalan data (DBMS) yang popular dan sumber terbuka. Ia membolehkan seseorang untuk membuat, mengurus, dan mengakses pangkalan data dalam satu tempat yang selamat.
Antara functions() di dalam MySQL tersebut adalah aggregate functions, scalar functions, date functions dan join functions.
Aggregate Functions
Fungsi-fungsi yang digunakan untuk menghitung nilai statistik atau melakukan pengumpulan data dari satu atau lebih kolumn dalam satu query. Fungsi-fungsi ini beroperasi pada kumpulan baris atau kumpulan dan menghasilkan satu nilai untuk setiap kumpulan tersebut.
Contoh-contoh fungsi aggregate yang disediakan oleh MySQL:
1. COUNT(): Mengira jumlah baris atau nilai dalam satu kolumn
2. SUM(): Menjumlahkan nilai
3. AVG(): Mengembalikan nilai purata dari set nilai
4. MAX(): Mengembalikan nilai maksimum dalam set nilai
5. MIN(): Mengembalikan nilai minimum dalam set nilai
Scalar Functions
Fungsi yang mengembalikan satu nilai tunggal berdasarkan satu atau lebih input.
Contoh-contoh fungsi scalar yang disediakan oleh MySQL:
1. UCASE(): Mengembalikan salinan string dengan semua karakter diubah menjadi huruf besar
2. LCASE(): Mengembalikan salinan string dengan semua karakter diubah menjadi huruf kecil
3. MID(): Memotong bahagian berdasarkan indeks awal dan panjang yang ditentukan
4. LENGTH(): Mengembalikan panjang string, jumlah karakter dalam suatu string
5. ROUND(): Menjadikan suatu nombor itu nombor bulat berdasarkan decimal yang kita tentukan
Date Functions
Fungsi yang digunakan untuk memanipulasi dan bekerja dengan data tarikh dan masa yang tersimpan dalam pangkalan data
Contoh-contoh fungsi date di dalam MySQL:
1. NOW(): Mengembalikan tarikh dan masa semasa
2. CURDATE(): Mengembalikan tarikh semasa
3. CURTIME(): Mengembalikan masa semasa
4. DATE(): Mengekstrak bahagian tarikh
5. DAY(): Mengembalikan hari dalam bulan bagi tarikh yang diberikan
6. MONTH(): Mengembalikan bulan bagi tarikh yang diberikan
7. YEAR(): Mengembalikan tahun bagi tarikh yang diberikan
8. HOUR(): Mengembalikan jam bagi masa yang diberikan
9. MINUTE(): Mengembalikan minit bagi masa yang diberikan
10. SECOND(): Mengembalikan saat bagi masa yang diberikan
11. DATE_FORMAT(): Menformat nilai tarikh atau masa berdasarkan format yang ditentukan
12. TIMEDIFF(): Mengira perbezaan antara dua nilai masa
13. DATEDIFF(): Mengira perbezaan antara dua nilai tarikh
Join Functions
Fungsi yang digunakan untuk menghubungkan dua atau lebih jadual.
Jenis JOIN yang biasa digunakan:
1. INNER JOIN: Mengembalikan baris yang mempunyai nilai yang sepadan dalam kedua-dua jadual
2. LEFT JOIN: Mengembalikan semua rekod dari jadual kiri (jadual1) dan rekod sepadan dari jadual kanan (jadual2). Keputusannya ialah 0 jika rekod dari sebelah kanan tiada padanan
3. RIGHT JOIN: Mengembalikan semua rekod dari jadual kanan (jadual2) dan rekod sepadan dari jadual kiri (jadual1). Keputusannya ialah 0 jika rekod dari sebelah kiri tiada padanan
4. FULL OUTER JOIN: Mengembalikan semua rekod apabila terdapat padanan dalam rekod jadual kiri (jadual1) atau kanan (jadual2)
RUJUKAN
- https://www.w3schools.com/
- https://www.geeksforgeeks.org/
- https://tomatotimun.blogspot.com/
- https://www.pdfdrive.com/practical-sql-a-beginners-guide-to-storytelling-with-data-e158514427.html
Comments
Post a Comment